Login
No account yet? Register
DSC07104 DSC07540 DSC07120 DSC07103 DSC07245 IMG_1845 DSC07221 DSC07554 DSC07424 DSC07583 DSC07542 DSC07587 DSC07414 IMG_1811 DSC07438 DSC07215 DSC07107 DSC07561 DSC07236 IMG_1860 DSC07532 DSC07231 DSC07217 DSC07419 DSC07585 DSC07425 DSC07567 IMG_1814 DSC07243 IMG_1813

Aktiviti

Sorry, no events to display

Terkini

Kem Astrophilia 2009 kembali lagi. Ia akan diadakan pada 19 - 21 Jun 2009 di Kem Astronomi Alapong. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sriyani di talian 082-251275.
 
Ahli persatuan astronomi sarawak dialu-alukan untuk log on kepada akaun untuk membolehkan penggunaan banyak aplikasi dibenarkan seperti games, forum, pemain mp3 dan banyak lagi. terhad untuk pengguna berdaftar sahaja.
 

Astronomy Day 2009 akan diadakan pada:

Tarikh: 30 Mei 2009

Masa: 8:00 - 2:00p.m

Aktiviti:

Astronomy Advanced Virtual Reality(Augmented Reality)

Astronomy B-boy

Astrohunt

Astropaint

Planetarium show

Water Rocket Making 

 

Borak-borak 2.0

Polls

Apakah program kegemaran anda?
 

For Sale

Image

Read more...
 
Program kerjasama dengan Pusat Sains Negara
Muka depan
Written by Webmaster   
Monday, 17 August 2009

Pada 12 Ogos yang lepas, kita telah mengaturkan pertemuan SMK Tunku Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai  sekolah STAR dengan Pusat Sains Negara(PSN) di bawah Program Sekolah Angkat Pusat Sains Negara(PSN).  Program tersebut berlangsung dari pukul 9:00a.m sehingga 1:00p.m. Terdapat tiga jenis program telah diadakan  dan diantaranya adalah Science Show dan Sains Forensik. Kira-kira hampir 200 orang pelajar STAR telah terlibat di dalam aktiviti tersebut. Selain daripada itu, Hadiah sumbangan Puan Piah dari Sofie's Creation and Deco telah turut menambahkan kemeriahan program.

 

 

 

Last Updated ( Monday, 17 August 2009 )
 
Astrophilia 2 2009
Muka depan
Written by Webmaster   
Thursday, 25 June 2009

 

Walaupun bilangan peserta tidak seberapa, tetapi dari segi kualiti Astrophilia 2 2009 wajar untuk dibanggakan. Astrophilia kali ini selain daripada melibatkan pelbagai aktiviti berbentuk astronomi, semangat berpasukan dan persahabatan, kami telah menambahkan elemen baru iaitu psikologi remaja. Tujuannya ialah untuk menyerlahkan semangat persahabatan dan mengenali sifat sendiri dan perhubungan di antara mereka. Kemuncak psikologi remaja ialah apabila telah mendapat kerjasama dari pemilik kem itu sendiri iaitu Tuan Haji Raduan kerana telah menjadi salah satu dari watak utama sebagai antagonis di dalam drama yang dipentaskan. Terima kasih diucapkan. 

 


 

Last Updated ( Thursday, 25 June 2009 )
 
Astronomy Day 2009
Muka depan
Written by Webmaster   
Tuesday, 16 June 2009

 

 

Hari Astronomy Sedunia 2009 yang lepas telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Hamden bin Ahmad. Pelbagai aktiviti telah diadakan. Selain daripada aktiviti yang biasa diadakan bersempena dengan Hari Astronoi Sedunia saban tahun semenjak 5 tahun yang lepas, Hari Astronomi kali ini turut juga membawakan kepada kita pelbagai aktiviti baru. Augmented Reality yang diketuai oleh Dr. Edmund Weng dan pasukannya AR Tech dari Fakulti Sains Kognitif & Pembangunan Manusia dari UNIMAS telah menambahkan lagi kemeriahan dengan aktiviti yang mampu memukau pengunjung yang hadir. Sebagai satu pernghormatan, AR mereka telah digunakan untuk perasmian pada hari tersebut.Terima kasih AR Tech!

 


 

Tarikan terbesar kali ini adalah astronomy bboy. Ia merupakan breakdance dan merupakan salah satu dari aktiviti remaja masa kini. Oleh kerana mempromosi bboy ini memerlukan mereka yang mengetahui bboy itu sendiri dan memahami selok-beloknya, ahli muda Persatuan Astronomi Sarawak kita Izzie dan Mia serta rakan-rakan telah menjadi tunggak utama di dalam perancangan dan pelaksanaan program tersebut. Hasil kerja keras mereka dan rakan-rakan, aktiviti Astronomy Day 2009 terbesar ini telah berjaya diadakan. Ia telah mampu mengumpul 15  krew bboy tersohor di Kuching dan sekitarnya. Harapan kami adalah bboy ini terus diterima oleh masyarakat kita sebagai satu aktiviti yang positif. Tahniah kepada AJK bboy yang diketuai oleh Izzie dan Mia. =.=

 

Last Updated ( Wednesday, 17 June 2009 )
 
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>

Results 1 - 4 of 6
 
Untuk paparan yang optimum, sila gunakan pelayar Firefox 2.0, Opera 9.0 dan Safari 3.0.
 

Who's Online

RocketTheme Joomla Templates