|
Pameran di SMK Petra Jaya |
|
|
|
|
Written by Webmaster
|
|
Wednesday, 31 March 2010 10:18 |
|
Persatuan Astronomi Sarawak dan Planetarium Sultan Iskandar baru-baru ini telah menyertai pameran Sains, Matematik dan Teknologi yang dianjurkan oleh SMK Petra Jaya pada 27 hingga 30 Mac 2010.
Dalam pameran tersebut, PSI dan SAS telah memperkenalkan astronomi kepada para pelajar SMK Petra Jaya melalui cara menggunakan carta bintang atau planisfera, Orrery, teleskop Celestron 8 inci, teleskop Dobsonian dan juga cara menggunakan perisian Stellarium.
Pameran yang diadakan selama 3 hari ini juga telah membuka mata para pelajar SMK Petra Jaya tentang astronomi dan bagi mereka yang mempunyai minat dalam astronomi, mereka sekurang-kurangnya mempunyai tempat untuk bertanya serta mendapatkan maklumat lanjut tentang aktiviti-aktiviti astronomi yang dianjurkan oleh PSI dan SAS.
Ia juga memberikan peluang bagi para pelajar untuk mengasah bakat-bakat mereka dalam pengetahuan tentang buruj-buruj di langit dengan membaca planisfera dan menggunakan perisian Stellarium.
Pameran seperti ini telah sedikit sebanyak memberikan maklumat dan cara bagi pelajar untuk membangkitkan lagi kelab astronomi di sekolah mereka lebih-lebih lagi bagi yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang astronomi.
|
|
Last Updated on Wednesday, 31 March 2010 14:41 |