| Astrophilia I 09 |
|
|
|
| Written by Webmaster |
| Wednesday, 06 May 2009 22:20 |
|
Persahabatan melalui astronomi. Mereka berkenalan kerana astronomi. Itulah dia astrophilia, yang bermaksud "kawan astronomi". Astrophilia adalah aktiviti tahunan yang diadakan dari 20-22 April 2009 untuk mereka yang tidak mengenali astronomi. Jadi harapan utama bagi mereka yang pernah mengikuti program ini adalah akan terlibat dengan astronomi atau sekurang-kurangnya tahu apakah itu astronomi di sekolah masing-masing dan berkongsi ilmu ,pengalaman dan berkawan antara sekolah. Adalah sungguh menarik apabila melihat kawan-kawan yang hanya senyap dan hanya tersenyum di dalam bas semasa bermula berlepas dari tempat letak kereta PSI kemudiannya sungguh mesra bergurau senda, melawak dan berkenalan dalam sekelip mata sahaja. Mereka sudah berkawan!
Program yang diadakan semasa Astrophilia adalah berbentuk ceramah, praktikal astronomi melalui cerapan malam, permainan seperti bola asteroid(2004), Save the planet(2005,2007) dan aktiviti anjuran pihak kem(2006, 2008, 2009) yang sungguh memberangsangkan dan mampu merapat dan mempereratkan persahabatan di antara kawan-kawan baru. Amat menarik untuk diperkatakan bahawa terdapat bekas peserta tahun lepas Izzie Hasfierul(STAR) misalnya kembali untuk menawarkan diri, bukan sebagai peserta tetapi untuk membantu sebagai fasilitator dan kawan di dalam kem tersebut. Sarawak memerlukan orang seperti kamu Itulah tujuan utama astrophilia ~ berkawan bermula dari program astronomi. Lawati bahagian Galeri untuk lebih banyak gambar.
|
| Last Updated on Monday, 09 November 2009 21:55 |





























!