| Astronomy Day 2009 |
|
|
|
| Written by Webmaster |
| Wednesday, 17 June 2009 00:44 |
|
Hari Astronomy Sedunia 2009 yang lepas telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Hamden bin Ahmad. Pelbagai aktiviti telah diadakan. Selain daripada aktiviti yang biasa diadakan bersempena dengan Hari Astronoi Sedunia saban tahun semenjak 5 tahun yang lepas, Hari Astronomi kali ini turut juga membawakan kepada kita pelbagai aktiviti baru. Augmented Reality yang diketuai oleh Dr. Edmund Weng dan pasukannya AR Tech dari Fakulti Sains Kognitif & Pembangunan Manusia dari UNIMAS telah menambahkan lagi kemeriahan dengan aktiviti yang mampu memukau pengunjung yang hadir. Sebagai satu pernghormatan, AR mereka telah digunakan untuk perasmian pada hari tersebut.Terima kasih AR Tech!
![]()
Tarikan terbesar kali ini adalah astronomy bboy. Ia merupakan breakdance dan merupakan salah satu dari aktiviti remaja masa kini. Oleh kerana mempromosi bboy ini memerlukan mereka yang mengetahui bboy itu sendiri dan memahami selok-beloknya, ahli muda Persatuan Astronomi Sarawak kita Izzie dan Mia serta rakan-rakan telah menjadi tunggak utama di dalam perancangan dan pelaksanaan program tersebut. Hasil kerja keras mereka dan rakan-rakan, aktiviti Astronomy Day 2009 terbesar ini telah berjaya diadakan. Ia telah mampu mengumpul 15 krew bboy tersohor di Kuching dan sekitarnya. Harapan kami adalah bboy ini terus diterima oleh masyarakat kita sebagai satu aktiviti yang positif. Tahniah kepada AJK bboy yang diketuai oleh Izzie dan Mia. =.=
|
| Last Updated on Monday, 09 November 2009 21:57 |





























