| Astrophilia 2 2009 |
|
|
|
| Written by Webmaster |
| Thursday, 25 June 2009 19:31 |
|
Walaupun bilangan peserta tidak seberapa, tetapi dari segi kualiti Astrophilia 2 2009 wajar untuk dibanggakan. Astrophilia kali ini selain daripada melibatkan pelbagai aktiviti berbentuk astronomi, semangat berpasukan dan persahabatan, kami telah menambahkan elemen baru iaitu psikologi remaja. Tujuannya ialah untuk menyerlahkan semangat persahabatan dan mengenali sifat sendiri dan perhubungan di antara mereka. Kemuncak psikologi remaja ialah apabila telah mendapat kerjasama dari pemilik kem itu sendiri iaitu Tuan Haji Raduan kerana telah menjadi salah satu dari watak utama sebagai antagonis di dalam drama yang dipentaskan. Terima kasih diucapkan.
![]()
|
| Last Updated on Monday, 09 November 2009 21:56 |





























