| PSACS VII eratkan perhubungan antara pelajar |
|
|
|
| Written by Webmaster |
| Monday, 30 November 2009 23:42 |
|
Program yang disertai oleh para pelajar dari SMK Matang Hilir, SMK Matang Jaya, SMK Tunku Abdul Rahman, SMK Agama Tun Ahmad Zaidi, SK Siol Kanan, SK St Joseph, UiTM dan sebagainya ini telah melahirkan para pelajar yang berkawan disebabkan minat yang sama iaitu astronomi. Selama tiga hari, pelbagai program telah disediakan dengan kerjasama dengan Planetarium Sultan Iskandar serta para guru-guru dari SMK Matang Hilir dan pelajar dari UiTM. Program kali ini melibatkan para pelajar didedahkan dengan sistem galaksi melalui 'trading card', serta permainan ekplorasi yang mencabar minda pelajar tentang apa-apa yang berkaitan dengan astronomi. Ia bukan sahaja memberikan kepuasan serta membolehkan pelajar untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang dunia astronomi, namun ia turut menguji minda mereka tetap apa yang berlaku di sebalik astronomi selain mengenali buruj, bintang dan planet. Para pelajar diberi peluang untuk memberikan idea tentang cara sesuai dari segi aktiviti sesuai untuk mereka yang baru mengenali astronomi melalui aktiviti Kertas A4. Melalui aktiviti ini, idea-idea ini dapat membantu untuk mempelbagaikan aktiviti yang bakal diadakan terutama untuk generasi baru untuk mengenali astronomi. Gambar-gambar sepanjang aktiviti PSACS VII boleh dilihat di ruang galeri. |
| Last Updated on Tuesday, 01 December 2009 00:07 |





























Program Sains Angkasa Cuti Sekolah VII telah berlalu dan sekali lagi ia telah berjaya merapatkan hubungan para pelajar sekolah yang menyertai program tersebut.