| Langit cerah untuk gerhana matahari separa |
|
|
|
| Written by Webmaster |
| Monday, 18 January 2010 11:04 |
|
Langit yang mendung dan hujan lebat nampaknya bukan penghalang bagi peminat astronomi untuk menunggu-nunggu untuk menyaksikan fenomena gerhana matahari separa yang berlaku pada 15 Januari 2009 dengan kira-kira 200 pengunjung telah berkunjung ke Planetarium Sultan Iskandar untuk menyaksikan kemunculan fenomena tersebut. Dengan cuaca yang tidak menentu pengunjung terlebih dahulu telah dihidangkan dengan sesi taklimat tentang gerhana matahari separa oleh bekas Naib Presiden, Jacob Sebastian dan AJK Persatuan Astronomi Sarawak Rambli Ahmad tentang fenomena tersebut dengan menggunakan perisian stellarium.
Namun, pada kira-kira jam 3 petang, langit mula cerah dan ini telah memberikan peluang kepada pengunjung untuk pertama kali menyaksikan fenomena gerhana separa matahari yang dapat disaksikan di tempat letak kereta Dewan Suarah Negeri. Cubaan pertama telah dilakukan tahun lalu, namun pengunjung tidak dapat berbuat demikian disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Pengunjung yang hadir di Planetarium Sultan Iskandar amat bertuah kerana dapat menyaksikan fenomena yang berlangsung dalam tempoh beberapa jam sahaja kerana selepas itu awan mula menjadi tebal dan akhirnya menutup pancaran matahari pada kira-kira jam 5.30 petang.
|
| Last Updated on Monday, 18 January 2010 11:58 |





























