| Latar Belakang Penubuhan |
|
|
|
| Written by Webmaster |
| Sunday, 15 June 2008 06:29 |
|
Golongan amatur ini kebanyakannya terdiri daripada guru-guru fizik dan pelajar-pelajar mereka. Bagaimanapun, idea itu tidak menjadi disebabkan masalah kewangan dan teknikal. Ahli astronomi amatur ini bagaimanapun masih bertemu dan bertukar-tukar fikiran dan pengetahuan berkenaan dengan Bima Sakti walaupun belum wujudnya persatuan di Sarawak. Biarpun, kewujudan Persatuan Astronomi di Kuala Lumpur telah lama wujud sebelum ini. Tetapi, ahli astronomi amatur Sarawak tidak menganggotai persatuan itu kerana jarak antara Sarawak dan Kuala Lumpur. Idea untuk membentuk Persatuan Astronomi Sarawak telah dilaksanakan apabila Planetarium pertama Sarawak telah dibina dan dibuka secara rasmi pada 19 Januari 1989. Kementerian Pembangunan Sosial yang mengurus dan mentadbir Planetarium ini telah mengambil langkah besar untuk mewujudkan kembali idea membentuk Persatuan Astronomi bagi negeri Sarawak. Ia telah disokong penuh dan mesyuarat pertama untuk membentuk Persatuan telah diadakan pada 1989 dengan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sosial mempengerusi dan membimbing mesyuarat tersebut. Akhirnya, Persatuan Astronomi Sarawak telah dilancarkan dengan rasminya pada 27 Ogos 1990. OBJEKTIF Antara objektifnya, Persatuan Astronomi Sarawak bercadang untuk menjalankan sesi saintifik seperti syarahan, pertunjukan filem dan video, seminar, aktiviti praktikal seperti pencerapan bintang dengan kerja-kerja termasuk pembinaan dan pembelian teleskop dan pencerapan, menerbitkan risalah berita dalam bentuk jurnal dan media-media lain, mewujudkan hubungan dengan Persatuan Astronomi, Planetaria, Persatuan Saintifik lain di semua peringkat, dari peringkat bahagian dan antarabangsa. Persatuan akan menggalak dan membantu pembentukan Kelab Astronomi di sekolah-sekolah di Sarawak. |
| Last Updated on Wednesday, 04 November 2009 09:38 |




























